Wednesday, December 18, 2013

Mari Singgah ke Gerai Cendol Jam Besar!

     Cendol jam besar ni merupakan salah satu tarikan pelancong ke Bumi Melaka Bandaraya Bersejarah. Terletak berhadapan Muzium Belia Malaysia dan juga permulaan bangunan Merah merupakan lokasi yang sangat-sangat startegik dilihat. Untuk kemari, sama seperti anda mahu ke Bandar Hilir, ianya benar-benar mudah dilihat dari tepi jalan tapi masalah utamanya adalah tempat letak kenderaan yang bukan terhad tapi tiada langsung. Kalau nak letak kenderaan kena letak jauh sedikit dari gerai cendol ni. Insyallah di Bandar Hilir ni kawasan letak kenderaan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Melaka memang banyak tapi lokasinya pelbagai. Kena jalan sikit tapi itulah matlamat bandar pelancongan, anda berjalan dan anda akan merasai keunikan bandar penuh sejarah ini. Cubalah kemari, anda pasti mengerti..


 Melaka tidak perlukan promosi 13 juta tapi dengan cendol pun sudah cukup menarik pelancong dari dalam dan luar negeri. Power atau tidak, datanglah ke sini pada hari Sabtu dan hari Ahad, lihatlah sendiri kepoweran cendol ini...ahakss



No comments:

Post a Comment